VO BACELL MUSLIM

Beranda » Muslim In Asia » Kisah Sumayyah, Beginilah Seharusnya Para Ibu Dan Wanita Muslim

Kisah Sumayyah, Beginilah Seharusnya Para Ibu Dan Wanita Muslim

Sumayyah Radiallahu Anha adalah wanita pertama yang menampakkan keIslamannya, di samping menjadi syahid pertama yang mengorbankan dirinya di jalan Allah. Dalam peristiwa kesyahidannya itu, terkandung pelajaran-pelajaran berharga bagi siapapun yang memiliki hati atau mempunyai pendengaran. Beliau menjadi sosok syahid yang sebenarnya dan menunjukkan hakikat sabar kepada para generasi seterusnya. Sumayyah bintu Khubath, nama yang tidak pernah dikenali di seluruh pelosok Mekkah sebelum Islam hadir memancarkan sinarnya di Ummul Qura. Beliau seorang wanita yang bersosok besar, usianya telah memasuki usia senja. Namun, beliau memiliki akal yang jernih, dan jiwanya memancarkan keikhlasan, bara dan semangat! Tidak berapa lama selepas Rasulullah memulai dakwahnya, keluarga Yasir muncul sebagai di antara manusia terawal mengimani risalah Islam dan membenarkan kerasulan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Keimanannya yang mendalam terhadap Allah menjadikan dirinya sebagai pelopor wanita-wanita yang sabar dan tegar mempertahankan akidah. Bahkan beliaulah adalah orang ketujuh yang masuk Islam dan di antara orang terawal yang menampakkan keislamannya. Hal ini disebutkan oleh Al-Imam Adz- Dzahaby Rahimahullah di dalam bukunya, Siyar A’lamin-Nubala’ menerusi riwayat Abdullah bin Mas’ud Radiallahu Anhu, “ Yang pertama sekali
menampakkan keIslaman mereka
secara terang-terangan ada
tujuh orang; Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam, Abu Bakar,
Ammar, ibunya Sumayyah, Shuhaib, Bilal dan Al-Miqdad.
Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam mendapat perlindungan
dari bapa saudarany (Abu Talib).
Abu Bakar mendapat
perlindungan kaumnya. Yang lain- lain pula mengalami penyiksaan
yang keras dari orang-orang
musyrik, dikenakan baju besi lalu
ditelantarkan di bawah terik
matahari. Tidak seorang pun dari
mereka kecuali harus memenuhi apa yang mereka inginkan,
kecuali Bilal. Dia tidak peduli apa
yang menimpa dirinya karena
Allah. Dia juga tidak peduli
kepada kaumnya. Ketika dia
disiksa, anak-anak kecil ikut mengerumuninya, dan dia hanya
mampu mengucapkan, ‘Ahad,
ahad, ahad”. Keluarga Sumayyah turut
bersama berada di barisan
depan. Kemarahan kaum Quraisy
benar-benar memuncak. Hampir
setiap nafas mereka adalah
hembusan kebencian kepada orang-orang yang mengucapkan
“Rabb kami adalah Allah”.
Penyiksaan-penyiksaan tidak
pernah menjadikan kaum Muslimin
mundur, malah mereka tetap
istiqamah dan terus mengikuti Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam. Sementara itu, baginda hanya
mampu meniupkan kata-kata
semangat dan motivasi keimanan
kepada keluarga Sumayyah
karena tiada seorangpun yang
mampu memberikan jaminan kepada keluarga tersebut.
Keluarga itu menerima pelbagai
jenis penyeksaan dari orang-
orang musyrik yang terbakar
oleh api dendam dan kebencian
terhadap dakwah Islam. Mereka memuaskan keinginan yang gila
dengan menyiksa Sumayyah dan
keluarganya. Ibnu Atsir
Rahimahullah menyebutkan di
dalam kitabnya, Usdul Ghabah,
tentang siksaan yang dialami oleh Sumayyah dengan berkata,
“Dia termasuk orang-orang
yang lebih dahulu masuk Islam
dan dia juga termasuk di
kalangan orang-orang yang
mendapat siksaan yang keras karena Allah”. Setelah suaminya, Yasir
meninggal dunia kerana
penyiksaan yang sangat berat,
Sumayyah Radiallahu Anha
diserahkan pula oleh Abu
Hudzaifah kepada Abu Jahal, sehingga si jahat itu dapat
menyiksa dengan segala cara
yang diinginkannya disamping
mengejek-ejek diri Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam dengan
sejuta sumpah serapah dan umpatan yang keji. Suatu
petang, Abu Jahal bersikap keras
kepada Sumyyah, kemudian
berkata kepadanya, “Engkau
tidak beriman kepada Muhammad
melainkan kerana engkau tergila-gila kepada
ketampanannya”. Apa reaksi Sumayyah? Beliau
memberikan jawapan yang tidak
kalah kerasnya, lantaran
kemarahannya yang tidak
tertahan dengan tuduhan Abu
Jahal itu. Keangkuhan Abu Jahal terbukti ketika beliau
menikamkan tombak ke tubuh
Sumayyah sehingga
menyebabkan Sumayyah
meninggal dunia sebagai syahid,
rohnya naik kepada Penciptanya dalam keadaan redha dan
diredhai, kerana telah
memberikan kesaksian tidak
menyekutukan ilah selain Allah,
dan bahwa Nabi Muhammad
adalah utusan Allah. Mujahid Rahimahullah berkata, “Syahid yang pertama di dalam Islam ialah ibu Ammar, Sumayyah yang ditikam Abu Jahal dengan menggunakan tombak, tepat di ulu hatinya” .(Al-Bidayah Wan- Nihayah, 3/59) Ibnul Jauzy Rahimahullah
berkata,” Dia adalah syahid
pertama di dalam Islam. Semoga
Allah redha kepadanya
sebagaimana Allah
membuatkannya redha”. Sumayyah, nama ini dan
sahabiyah ini tetap hidup abadi
menebarkan keharuman setelah
mati syahid dan beruntung telah
meraih keredhaan Allah.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terbiasa memanggil
anaknya Ammar, dengan sebutan
“Ibnu Sumayyah”. Maka, tidak
dapat lagi dimungkiri bahawa
panggilan yang diberkahi ini
merupakan penghormatan terhadap sahabiyah yang sabar
dan baik ini. Panggilan itulah yang
lebih sering meluncur dari lisan
Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam yang mulia. Abdullah bin Mas’ud Radiallahu
Anhu pernah berkata, “Aku
pernah mendengar Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda, ‘Jika manusia saling
berselisih, maka Ibnu Sumayyah berada pada kebenaran”. (Kisah
ini disebutkan di dalam Siyar
A’lamin-Nubala, 1/415-416;
Tarikhul Islam, Adz-Zahaby,
3/575) Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam juga sering
menyebutkan nama Sumayyah
dengan keutamaan dan kebaikan.
Sewaktu Perang Badar, baginda
menyampaikan khabar gembira bagi “orang baik yang mendapat
kebaikan”. (Julukan untuk
Ammar, kerana Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam pernah
bersabda kepadanya, ‘Selamat
datang wahai orang baik yang mendapat kebaikan’). Di
dalamnya disebutkan juga nama
Sumayyah. Peristiwa ini
dikisahkan ketika musuh Allah,
Abu Jahal terbunuh di dalam
Perang Badar. Ketika itu Rasulullah menggembirakan
Ammar dengan berkata “Allah
telah membunuh orang yang
membunuh ibumu”. Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam juga pernah mendoakan
untuk Sumayyah dan
keluarganya dengan doa yang
diberkahi ketika Ammar
mendatangi Rasulullah mengadu siksaan yang dihadapi oleh ibu
bapanya termasuk dirinya
sendiri. Beliau berkata, “Wahai
Rasulullah, kami mendapatkan
siksaan yang sangat keras”.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Bersabarlah
wahai Abul Yaqzhan (julukan lain
bagi Ammar). Ya Allah, janganlah
Engkau siksa seorang pun dari
keluarga Yasir dengan api
neraka” (Al-Isti’ab, 4/325; As- Sirah Al-Halabiyah, 1/484) Sumayyah, Wanita Penghuni Surga Kisah tentang Sumayyah adalah
kisah tentang sahabiyah yang
sabar, yang disajikan sirahnya
sebagai wanita yang teguh hati
pada kebenaran dan keimanan,
sehingga menjadi pelopor di dalam perjuangan Islam
sepanjang zaman. Ibnu Abdil-Barr
Rahimahullah memuji Sumayyah
dengan berkata, “Dia
termasuklah orang yang disiksa
kerana Allah, dan sabar di dalam menghadapi siksaan. Dia
termasuklah wanita yang
berbaiat, baik dan
terutama” (Al-Isti’ab, 4/324) Semoga Allah merahmati
Sumayyah ibu Ammar, wanita dan
orang pertama yang mati syahid
di dalam Islam, ibu orang yang
pertama membangun masjid dan
digunakan untuk sholat. Kesejahteraan bagi keluarga
Yasir, kesejahteraan ke atas
kalian kerana kesabaran kalian
dan sesungguhnya kalian akan
mendapat balasan yang sebaik-
baiknya. “Terimalah khabar yang baik
wahai keluarga Ammar, kerana
tempat yang dijanjikan bagi
kalian adalah syurga” (Sabda
Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam yang disampaikan oleh Ustman Al-Affan. Dipetik dari
Thabaqat Ibnu Sa’ad, 3/249;
Majma’ Az-Zawaid, 9/293;
Tarikhul Islam Adz-Zahaby, 3/572) Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang kerana Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh.
(Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kalian lakukan itu,
dan itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah: 111) Sumayyah bintu Khubath
Radiallahu Anha termasuk
sejumlah wanita yang terawal
menerima Islam dan bersegera
memenuhi janji Allah serta
membenarkan apa yang telah dijanjikan Allah kepada kaum
Muslimin, sehingga beliau berhak
mendapat khabar gembira
sebagai orang yang dijanjikan
syurga. Demikianlah kisah Sumayyah, yang suah seharusnya menjadi inspirasi setiap wanita dan Ibu- Ibu Muslim. Wallahu’alam bis showab! Sumber : mykhilafah.com


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: